Sunday, 15 February 2009

Sungai

(1) Stadia Sungai

Air hujan yang jatuh ke bumi, sebagian menguap kembali menjadi air di udara, sebagian masuk ke dalam tanah, sebagian lagi mengalir di permukaan. Aliran air di permukaan ini kemudian akan berkumpul mengalir ke tempat yang lebih rendah dan membentuk sungai yang kemudian menalir ke laut.

Pada tahun 1880 an seorang geologist berkebangssan Amerika, William Davis Morris, berpendapat bahwa sungai dan lembahnya ibarat organisme hidup. Sungai berubah dari waktu ke waktu, mengalami masa muda, dewasa, dan masa tua. Menurut Davis, siklus kehidupan sungai dimulai ketika tanah baru muncul di atas permukaan laut. Hujan kemudian mengikisnya dan membuat parit, kemudian parit-parit itu bertemu sesamanya dan membentuk sungai. Danau menampung air pada daerah yang cekung, tapi kemudian hilang sebagai sebagai sungai dangkal. Kemudian memperdalam salurannya dan mengiris ke dasarnya membentuk sisi yang curam, lembah bentuk V. Anak-anak sungai kemudian tumbuh dari sungai utamanya seperti cabang tumbuh dari pohon. Semakin tuan sungai, lembahnya semakin dlam dan anak-anak sungainya semakin panjang.


Gambar 2. 10 Sungai dengan Kondisi Air Keruh

Robert E. Horton, seorang consulting hydrolic engineer, mengklasifikasikan sungai berdsarkan tingkat kerumitan anak-anak sungainya. Saluran sungai tanpa anaknya disebut sebagai "first order". Sungai yang mempunyai satu atau lebih anak sungai "first order" disebut saluran sungai "second order". Sebuah sungai dikatakan "third order" jika sungai itu mempunyai sekurang-kurangnya satu anak sungai "second order". Dan seterusnya. Lihat gambar di samping kanan ini. Sungai Amazon dan Congo, yang terbesar di dunia, diklasifikasikan sebagai sungai dengan "12th order" atau "13th order".

(2) Pencemaran Sungai

  1. Proses Asli
    Proses asli yang boleh menurunkan kualitas air ialah hidrologi, geologi dan biologi. Proses hidrologi melibatkan kitaran air di hidrosfera. Pergerakan tersebut berupaya memindahkan bahan pencemar yang berada di atmosfera dan seterusnya jatuh ke permukaan tanah yang kemudiannya mengalir ke sungai. Di atmosfera terdapat pelbagai bahan pencemaran seperti gas berasid, bahan radioaktif, bakteria dan debu. Apabila hujan berlaku, bahan pencemaran tersebut akan dipindahkan dari atmosfera ke permukaan bumi dan ini akan menyebabkan pencemaran kepada badan air yang terdapat di permukaan bumi termasuk air sungai, tasik, paya, dan mungkin air bawah tanah. Jika keadaan ini berlaku, susah untuk merawat air kerana kawasan yang terlipat secara meluas dan sumbernya sukar untuk dikawal.
  2. Proses Geologi
    Proses geologi adalah satu proses yang berkaitan dengan batuan melalui proses luluhawa. Proses luluhawa kimia terhadap batu-batuan merupakan salah satu proses yang boleh menyumbangkan bahan pencemar yang boleh menurunkan kualiti air. Seperti yang kita tahu batu-batan banyak mengandungi unsur kimia. Apabila proses luluhawa kimia berlaku, akan terhasillah bahan larut yang akan mengubah ciri-ciri kimia air yang terlibat dan secara tidak langsung akan menurunkan kualiti air tersebut.
  3. Proses Biologikal
    Sumber pencemaran air yang paling serius di Malaysia ialah pelbagai aktivitas manusia yaitu perlombongan, pembalakan, pembangunan, pertanian, perindustrian.
  4. Perindustrian
    Pelbagai jenis aktiviti perindustrian di Malaysia, seperti elektronik, pengetinan makanan dan minuman, pemprosesan bahan mentah, tekstil dan bermacam lagi. Semua jenis perindustrian tersebut menyebabkan pencemaran kerana bahan buangan dari kawasan perindustrian dialirkan ke badan air melalui sistem saliran yang nyata. Sumber pencemaran dari kawasan perindustrian boleh dikelaskan sebagai sumber berpunca. Buangan berbahaya ini dikawal di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 1996 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadul) 1989. Sebanyak 107 jenis buangan industri yang dikategorikan sebagai buangan berbahaya di bawah peraturan tersebut. Bagi mereka yang didapati bersalah oleh mahkamah melakukan pelupusan haram buangan terjadual iaitu di tempat yang tidak dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar, denda maksimum baginya adalah sebanyak RM500,000.00 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya.

(3) Jenis Bahan Pencemar Perindustrian

  1. Tarterpakai atau minyak antikakisan
    Minyak antikakisan atau sisa tar daripada proses-proses penampalan atau penyemburan atau penyalutan di loji pemasangan kenderaan motor atau woksyop automotif.
    1. Enapcemar-enapcemar daripada penapisan semula keluaran minyak terpakai termasuklah enapcemar berminyak yang mengandungi sebatian asid atau plumbum
      Enapcemar asid daripada penapisan semula minyak pelincir terpakai.
    2. Buangan-buangan asbestos
      Debu-debu asbestos atau buangan-buangan gentian asbestos bebas dari loji pengilangan keluaran-keluaran asbestor/simen.
    3. Buangan yang mengandungi pewarna
      Air buangan yang mengandungi pewarna dari loji pengilangan tekstil.
    4. Buangan-buangan raksa, yang mengandungi raksa logam, sebatian-sebatian raksa organik dan tak organik
      Enapcemar-enapcemar yang mengandungi raksa dari pengolahan air garam dan lumpur-lumpur penulenan air garam yang mengandungi raksa dari loji pengeluaran klorin.
    5. Bateri-bateri terbuang atau yang tidak mengikut spesifikasi, yang mengandungi plumbum, raksa, nikel dan litium
      Bateri-bateri terbuang atau yang tidak mengikut spesifikasi dari loji pengilangan bateri.
  2. Pertanian
    Aktiviti pertanian melibatkan penggunaan baja dan racun untuk memastikan kesuburan tanaman. Namun penggunaannya mencemarkan alam sekitar jika tidak dikawal selia dengan betul. Baja dan racun boleh memasuki badan air melalui pengaliran air di permukaan tanah dan juga air bawah tanah. Kemasukan bahan pencemaran tersebut akan menurunkan kualiti air dan seterusnya mengakibatkan pencemaran air. Kemasukan bahan pencemaran dari kawasan pertanian adalah melalui sistem saliran yang tidak nyata dan boleh dikelaskan sebagai sumber yang tidak berpunca.
    Aktiviti pertanian juga melibatkan ternakan seperti lembu, ayam, khinzir dan lain-lain. Binatang ternakan tersebut menghasilkan najis yang seterusnya dialirkan ke badan air. Di Malaysia masalah pencemaran air disebabkan oleh najis binatang ternakan merupakan salah satu masalah besar kepada kerajaan terutama ladang ternakan khinzir yang sangat meluas di Malaysia. Air mandi khinzir mengandungi unsur Zink dan Ammoniakal Nitrogen yang tinggi. Bahan pencemaran dari najis, bukan setakat mencemarkan sumber air tetapi juga menyebabkan pencemaran bau yang menyakitkan.
  3. Perlombongan
    Aktiviti perlombongan sangat penting di Malaysia. Antaranya perlombongan bijih timah, bijih besi, emas, tembaga dan lain-lain lagi. Selain daripada meningkatkan pendapatan negara, aktiviti ini memberi kesan kepada alam sekitar, misalnya sumbangan bahan terampai tersebut akan menyebabkan badan air menjadi keruh. Dalam jangka masa panjang akan berlaku proses pemendapan yang akan mencetekkan badan air dan kemudiannya akan menyebabkan berlakunya banjir di kawasan persekitarannya. Selain daripada bahan tersebut, aktiviti perlombongan juga menyumbang pelbagai jenis logam bergantung kepada jenis perlombongan yang dijalankan. Kehadiran logam tersebut akan memberi kesan kepada pengguna air dalam jangka masa panjang. Sumber pencemaran dari kawasan ini boleh dikelaskan sebagai sumber berpunca dan tidak berpunca bergantung kepada kemudahan yang disediakan oleh tuan punya projek. Had maksimum kandungan pepejal terampai di dalam efluen ialah 50 mg/1 seperti yang dinyatakan di dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen-Efluen Perindustrian), 1978.
  4. Pembangunan
    Aktiviti pembangunan memberi manfaat kepada penduduk. Namun begitu ia juga merupakan salah satu sumber pencemaran yang sering dikaitkan dengan aktiviti ini ialah bahan organik dari sisa pepejal, bakteria dan virus dari sisa manusia, bahan soda dan amonia dari aktiviti pembasuhan, bahan terampai dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan aktiviti harian manusia. Sumber pencemaran ini boleh dikelaskan kepada sumber berpunca dan tidak berpunca bergantung kepada kawasan yang terlibat. Pencemaran air bawah tanah terjadi apabila hujan yang menimpa sampah menyerap ke dalam bumi. Di dalam proses penyerapan ini, air tersebut akan membawa bersama atau menyerap kebanyakan bahan kotor yang terdapat di dalam sampah. 1gelen (3.785 liter) minyak petrol boleh mencemarkan 1 juta gelen (3.785 juta liter) air bawah tanah. Kehadiran sedikit sahaja bahan eyanide di dalam air boleh membunuh kita serta-merta.
  5. Pembalakan
    Aktiviti pembalakan tidak kurang pentingnya dewasa ini sama ada dalam proses penerokaan tanah baru atau pengeluaran hasil balak. Aktiviti ini sering mengakibatkan permukaan tanah terdedah kepada hujan yang menyebabkan berlakunya hakisan. Proses ini akan memindahkan partikel tanah ke tempat lain termasuk badan air. Kemasukan badan partikel tersebut akan menyebabkan badan air menjadi keruh serta berlaku pemendapan. Selain daripada partikel tanah, aktiviti pembalakan juga menyumbang bahan pencemaran dari segi bahan organan dan nutrien ke badan air. Sumber pencemaran dari kawasan ini boleh dikelaskan sebagai sumber tidak berpunca.



1 komentar:

halooo gabung donkk, aku juga dari tasik lhoo

Post a Comment

Komenter Kamu

Kumpulan Situs Penting
My Photo
Watampone
Dengan segala kerendahan hati kami mohon maaf atas segala kekurangan kami. Blog ini dibuat hanya untuk saling memberi sedikit informasi kepada teman-teman. Tak ada sedikitpun di dalamnya bertujuan untuk sebuah materil Berkarya tanpa batas, tanpa penindasan